Re-opening of Malay Heritage Centre (MHC) / Pembukaan semula Taman Warisan Melayu (TWM)
Happy to re-open the Malay Heritage Centre this morning. It has been given a beautiful facelift, with many new exhibits to showcase our rich Malay culture.
One exhibit which caught my eye was a realistic 3D computer rendering of Bugis houses built on stilts over the water. Temasek Poly students did this, working from old plans. The Bugis (who were seafaring traders) used to live in the Kampong Glam area, hence the name Bugis Street.
I hope you will visit the Centre, join in its activities or even volunteer your time to be a guide.
Congratulations to the Malay Heritage Foundation, National Heritage Board and all those in the community who have worked hard to make this Centre a reality!
Kuning emas warnanya indah
Memberi cahaya kepada yang lama
Taman Warisan tersergam megah
Lambang kebanggaan kita bersama
Hari ini saya sangat gembira and bangga kerana dapat merasmikan pembukaan semula Taman Warisan Melayu yang telah dinaik taraf dan diberikan nafas baru. Pusat ini sekarang lebih cantik dan gah. Lebih banyak artifak yang dipamerkan untuk memaparkan kekayaan budaya, tradisi dan warisan orang Melayu.
Satu pameran yang menarik perhatian saya ialah sebuah projek grafik multimedia 3D yang menunjukkan rumah-rumah orang Bugis yang dibina di atas air, hasilan sekumpulan pelajar Politeknik Temasek. Orang Bugis pernah menetap di daerah Kampong Glam and begitulah Bugis Street mendapat namanya.
Saya berharap bahawa rakyat Singapura akan menyokong pusat ini dengan melawat dan menyertai aktivitinya, ataupun menjadi sukarelawan di pusat ini.
Tahniah kepada Yayasan Warisan Melayu, Lembaga Warisan Kebangsaan dan masyarakat Melayu yang telah bekerja keras untuk menjadikan pusat ini sebuah kenyataan! – LHL